Bahan-bahan
250g NESTLE Natural Set yogurt (setengah bekas yang besar tu)
1/4 cup non-dairy whipping cream (dah ada rasa manis, jadi tak perlu tambah gula)
2 sudu besar strawberry emulco
3-4 biji Buah strawberry dihiris nipis (Nak sedap tambah lagi)
Chocolate rice atau chocolate chip secukupnya
Mold aiskrim
Cara membuatnya.
Tambahkan setengah sudu strawberry emulco ke dalam NESTLE Natural Set yogurt. Kacau sebati. Nak bagi adunannya smooth, tapiskan dengan penapis kopi. Masukkan bagi strawberry emulco ke dalam adunan tapi tak payah kacau sebati. Biarkan ada corak sikit. Masukkan satu sudu kecil coklat rice atau coklat chip ke dalam mold. Sudukan sedikit adunan yogurt ke dalam mold aiskrim. Selang selikan dengan buah strawberry yang telah dihiris nipis.
JOM CUBA : BUBUR SEMPOI RINGKAS TAPI SEDAP
:: Kalau nak lebih sihat lagi, gantikan strawberry emulco dengan strawberry fresh puree.
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibekukan selama beberapa jam.
Sangat mudah kan..? Bagus jugak kalau jadikan aktiviti bersama anak-anak. Diorang pun mesti eksaited nak menunggu hasilnya.
Malah, aiskrim Yo Berry Yummy ni sihat, kaya dengan kalsium dan rendah lemak! Malah, bagus untuk sistem penghadaman. Nak tau lebih lanjut tentang kebaikan NESTLE Natural Set yogurt dan resepi lain yang sedap sedap lagi..
Kalau nak buat dengan buah buahan yang lain pun boleh. Selain dari tu. Boleh jugak celup dalam coklat cair nak bagi ada salutan coklat. Perghh.. Memang terbaiklah..
Selamat mencuba.
Sumber : Facebook
0 Response to "Resepi Aiskrim Yo Berry Yummy"
Post a Comment