Tanda Anda Jatuh Cinta Dengan Si Dia.


Jatuh cinta adalah sesuatu perasaan yang amat indah dan sukar untuk digambarkan. Hanya yang pernah mengalamani atau sedang mengalami sahaja tahu bagaimanakah indahnya dan terseksanya apabila jatuh cinta.
Namun, kadang-kadang kita jatuh cinta tanpa kita sedari. Kita jatuh cinta kepada si dia tapi kita menafikannya. Jika anda mengalami mana-mana simptom seperti di bawah, ini bermakna anda memang sedang jatuh cinta!

40 petanda anda telah jatuh cinta dengan si dia

Sukar melelapkan mata. Setiap malam sebelum tidur pasti anda teringatkan si dia. Anda teringatkan peristiwa yang berlaku antara anda dengan si dia pada siang tadi. Atau mungkin anda terbayangkan saat-saat romantis antara anda dengan dia. Kemudian, anda tertidur dengan hati yang berbunga-bunga.

Hati anda sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat beliau lalu dihadapan anda. Kalau si dia muncul muncul betul-betul dihadapan anda, anda boleh terkena renjatan elektrik 1 badan.

Kebelakangan ini, anda sering membaca tips-tips cinta di majalah mahupun internet untuk mempraktikkan ke atas si dia.

Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. Anda curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.

Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam.



Tiba-tiba anda banyak menghabiskan masa anda dengan handphone anda. Walaupun sesibuk mane, anda masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada si dia walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’.

Anda sentiasa bersemangat untuk memulakan hari anda berbanding sebelum ini. Anda mahu menjadi orang pertama yang datang ke kelas/tempat kerja untuk melihat si dia. Si dialah sumber semangat anda setiap hari.

Jika sehari anda tidak dapat melihat si dia walaupun hanya bayang-bayangnya, anda merasa gelisah umpama cacing kepanasan. Ditambah pula, semua mesej anda di hp, facebook dan twitter tidak dibalas oleh si dia.

Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

Anda semakin menjaga penampilan anda. Anda sentiasa mahu memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang boleh menarik perhatian si dia!

Tiba-tiba anda berubah menjadi defensif terhadap si dia. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia.

Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Mungkin mengajak si dia keluar makan bersama atau mengajak si dia berbincang tentang assigment/projek walaupun anda boleh mebuatnya seorang diri.

Ketika rakan-rakan membicarakan tentang jodoh terus tiba-tiba kamu teringatkan akan si dia. Dan tiba-tiba juga anda berangan-angan dapat berkahwin dengan si dia.

Anda mempunyai hobi baru iaitu mengelamun. Kejap-kejap si dia datang dalam fikiran anda. Kemudian, mulalah anda tersenyum seorang diri. Kadang-kadang sambil memandu pun boleh termengelamunkan tentang si dia.


Hati anda terus berbunga-bunga bila ditegur/disapa oleh si dia walaupun si dia hanya bertanya tentang assigment yang diberikan oleh lecturer tadi. Bagaikan dunia ini anda yang punya.

Anda memberikan si dia sedikit hadiah sebagai tanda ingatan agar si dia berasa terharu dan sentiasa mengingati anda. Mungkin boleh diberikan kad ucapan selamat berjaya dalam minggu peperiksaan.

Anda cuba lari daripada terserempak dengannya. Takut si dia perasan yang anda menaruh hati dengannya. Dan anda takut cinta anda tidak berbalas.



0 Response to "Tanda Anda Jatuh Cinta Dengan Si Dia."

Post a Comment