Bila berjumpa-jumpa dengan teman-teman adakalanya penulis sendiri ketawa mendengar keluh-kesah kawan-kawan yang masih bujang bila saudara-mara bertanya bila nak kahwin. Kadang-kala rasa simpati apabila mereka merasa rimas dengan pertanyaan itu.
Selama ini mereka tidak memikirkan sangat soal jodoh, tiba-tiba merasa tertekan bila ditanya soalan sebegini, sekaligus boleh merencatkan mood yang baik pada waktu itu.
Mungkin beberapa jawapan dibawah dapat membantu serba sedikit untuk menjawab soala-soalan ini. Mungkin ada juga jawapan yang sentap. Pilihan ditangan anda hehe :
1) “Saya Sedang Kukuhkan Ekonomi Saya”
Jawapan ini kini bukan sahaja boleh digunapakai oleh lelaki sahaja, perempuan juga boleh membuat jawapan yang sama. Zaman sekarang ini semuanya sama baik lelaki atau perempuan kedua-duanya perlu ada simpanan dan harta sendiri untuk meneruskan kelansungan hidup.
2) “Saya Belum Berjumpa Dengan Pasangan Serasi”
Katakan kamu seorang yang sibuk dan susah untuk dimengertikan. Kamu sudah mencuba berkawan dengan beberapa orang tetapi semuanya tak tahan dengan sikap kamu. Jadi, kamu hanya mencari orang yang betul-betul sabar dengan sikap kamu, Tiada sebab kamu ingin mengubah perangai semata-mata ingin membuat orang menyukai kamu. Mungkin alasan ini boleh digunapakai, tetapi dalam waktu yang sama kamu juga haruslah berusaha membuang sikap-sikap negatif yang ada pada diri kamu.
3) “Sibuk Dengan Kerjaya”
Ye Kamu terlalu sibuk. Kamu seorang penulis contohnya. Tiap minggu syarikat menghantar kamu ke san sini, minggu lepas ke Penang, minggu ini ke Switzerland manakal minggu depan pula ke Paris. Jadi, bila pula kamu ada masa untuk berdating?
4) “Ada Jodoh Saya Jemput”
Salah satu jawapan yang cliche. Tapi percayalah kemudian akan disusuli dengan jawapan yang lain, “Hai, takkan tak ada boyfriend/girlfriend ?
5) “Kenapa Tanya? Sebab Kalau Saya Kahwin Saya Mungkin Tak Jemput Kamu!”
Jawapan ini agak kasar dan menyakitkan hati, pastikan jawapan ini kamu gunakan bila kamu dah betul-betul fed up dan berani mengambil risiko jika kamu disisihkan selepas ini. Ye lah kan? Biarlah orang yang bersama kamu adalah orang yang betul-betul faham, buat apa ada ramai teman tapi menyakitkan hati? Tapi bila sudah sampai masa nanti, jemputlah orang tersebut kemudian minta maaf sambil katakan dengan baik bahawa pada waktu itu kamu tertekan dengan soalan sebegitu.
6) “Saya Mahu Pasangan Yang Kaya Agar Setaraf Dengan Saya”
Bunyi seperti berlagak dan kemungkinan besar kamu akan dikutuk selepas ini dan menjadi bahan umpatan.Tapi biarlah. Janji Kamu Bahagia dengan jawapan ini.
7) “Saya Mencari Mr. Mama”
Disebabkan kamu seorang wanita yang berkerjaya dan sayangkan kerja kamu, jadi kamu putuskan tidak mahu berkahwin, jika ada lelaki mahu berkahwin katakan bahawa kamu mencari seorang Mr. Mama dan biar kamu yang mencari nafkah dan suami kamu uruskan rumah tangga hahha.
8) “Saya Sedang Bernazar Sesuatu, Bila Sudah Tercapai Baru Saya Bagitahu”
Jika ditanya nazar apa ? Jawab sahajalah jika sudah menunaikan umrah barulah kamu berkahwin, atau nak sakitkan hati katakan sahaja kamu tunggu si penanya soalan ini mati dulu ke hohoho. Tapi kalau nak selamat, jawablah, nazar mana boleh bagi tahu orang lain, antara kamu dan Allah. Jika kamu sudah berkahwin maksudnya nazar kamu sudah termakbul.
9) “Itukan Rahsia Allah, sama juga dengan soalan bila nak mati, ada orang boleh jawab ke?”
Pening sangat jawab sahaja macam ini, bukan sahaja bikin sentap, malahan mungkin dia tak berani lagi tanya lepas ini hahahhaha. Paling tidak pun kamu mungkin hanya akan dimarahi oleh ibu dan bapa kamu. Alah mak dan abah kalau marah sekejap je.
10)”Selama ini saya cukup bahagia dengan kehidupan saya sampailah awak tanya soalan sebegini”
Mungkin soalan ini kamu boleh ujarkan sambil berseloroh.
11) “Sesungguhnya Allah Sedang Uji Saya. Jadi Tolong Jangan Uji Kesabaran Saya Dengan Soalan Sebegini..”
Jawapan yang berbunyi keagamaan dan sinis. Cubalah. Pasti anda akan merasa kelainannya.
12) “Kenapa Tanya ini? Saya Ada Susahkan Sesiapa ke?”
Mungkin keadaan menjadi tegang seketika, jika yang bertanya itu serba salah dan takut melihat kamu meradang, jadi cover balik jawapan tersebut dengan “Bukan apa, manalah tahu mak dan abah saya yang menjaga saya dari kecil pula yang mengadu pada kamu saya menyusahkan dia. Sejak saya dah kerja ini, saya sering beri mereka RM1000 sebulan. Manalah tahukan, tak cukup ke?”
13) “Itu bukan kekasih saya. Itu hanyalah teman tapi mesra”
Kadang-kadang ada juga yang memerli,”Hai, bila tanya kahwin marah. Tapi yang dok berkepit dekat Instagram dengan Facebook tu apa? Suruh kahwin buat benda baik marah, berkepit dengan boyfriend tak apa pula?” Selalunya soalan ini akan diajukan oleh orang tua yang berang apabila kamu menjawab pertanyaan mereka seperti di point-point diatas dari nombor 1 hingga 12.
Sumber:viralkini.my
0 Response to "13 Cara Jawab Soalan “Bila Nak Kahwin?”"
Post a Comment