8 Tips Mudah Untuk Kuruskan Badan




Tip kuruskan badan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh orang gemuk atau yang berisi, tetapi ianya boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja agar sentiasa kelihatan lansing dan cantik. Tidak kira wanita atau lelaki.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip kuruskan badan dengan mudah, tanpa perlu menghabiskan duit beribu ringgit untuk kelihatan cantik dan tampan. Janji perlu mendisplinkan diri dalam mengamalkannya.

1. Elakkan makanan ringan
Cuba elakkan memakan sebarang makanan ringan kerana makanan ini tidak mengandungi sebarang khasiat untuk tubuh badan anda.

2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat
Ambil makanan yang berkabohidrat seperti nasi dalam jumlah kuantiti yang sikit.

3. Kurangkan sumber protein
Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe atau daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

4. Menu makanan yang betul
Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang.

5. Makan banyak buah
Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin untuk tubuh badan anda. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dan sebagainya.

6. Kurangkan buah manis
Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.

7. Banyakkan minum air kosong
Sentiasa minum dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkabonat.

8. Bersenam untuk kuruskan badan
Akhir sekali pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Aktiviti di luar rumah seperti berjalan atau berjogging di tempat-tempat riadah amat sesuai dilakukan setiap petang atau setiap kali masa terluang.

Mudah-mudahan dengan tip kuruskan badan ini mampu membantu anda semua dalam masalah badan gemuk dan berisi. Miliki bentuk badan yang anda inginkan, semuanya terletak di tangan anda.

Ingat! Displin yang tinggi dalam usaha mengamalkan tip kuruskan badan ini adalah sangat penting. Mudah dan senang jika anda mampu melakukannya untuk kelihatan kurus, lansing dan menawan.

0 Response to "8 Tips Mudah Untuk Kuruskan Badan"

Post a Comment