Petua Merawat Masalah Rambut UBAN dan KELUMUMUR


Ramai yang kenal halia. Halia ada dua jenis iaitu halia biasa yang digunakan dalam masakan Melayu traditional yang bertujuan untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan species ikan yang berbau hanyir. 

Satu jenis lagi ialah halia bara (zingiber Minus) yang mempunyai rizom kecil berbanding dengan halia biasa dan warnanya agak kemerahan. Halia bara banyak digunakan dalam perubatan herba berbanding halia biasa. 

Kegunaannya: 

Khas untuk merawat penyakit angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, reumatisme, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga dapat merawat mati pucuk, keracunan oleh udang, sakit pinggang dan sakit kepala. 

Reumatisme 
halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit 

Mencegah mati pucuk 
halia sebesar ibu jari 
sebiji limau nipis 
sebiji telur ayam kampung 
1 sudu teh serbuk kopi 
1 sudu makan kicap 
1 sudu makan madu 

caranya: 
Halia diparut dan dicampurkan dengan semua bahan di atas dan digaul rata. Amalkan seminggu sekali. 

Merawat Sakit Pinggang 
Halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa kemudian sapu pada pinggang. 

Merawat Sakit Kepala 
halia ditumbuk hingga halus dan ditampal di dahi dan pelipis 

Merawat cirit birit dan muntah-muntah 
halia 
bunga dan buah pala 
1 gelas santan kelapa 
1 sudu teh minyak kayu putih. 
caranya: 
semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati. Digunakan sebagai ubat sapu pada perut 

Merawat loya dan muntah bg ibu mengandung 

1 inci halia 
1 batang serai 
2-3 kuntum bunga cengkih dan kayu manis. 

caranya: 
kesemua bahan dimasukkan ke dalam segelas air mendidih. Kemudian dimasukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam 

Mengatasi masalah kelemumur 
Halia muda ditumbuk dan limurkan pada akar rambut. 

Merawat Masalah Uban 
Potong beberapa keping halia nipis-nipis dan rendam dalam madu. Kepingan halia ini dimakan sekeping sehari. 

Halia juga dikatakan boleh melambatkan proses penuaan ( awet muda gituuu )

0 Response to "Petua Merawat Masalah Rambut UBAN dan KELUMUMUR"

Post a Comment