WAJIB BACA!! Makanan bersasakan kacak SOYA BAHAYA Untuk Kesihatan!!!



Assalammualaikum, Entri hari ini saya nak share tentang kacang soya. Kacang soya ni favourite saya dari kecil. Air kacang soya, taufu faa, tauhu dan tempe memang favourite lah. Nak kata hari-hari saya makan dulu.Saya nak kongsikan pada semua untuk menambah pengetahuan kita semua.Kebanyakkan kacang soya di pasaran adalah BAHAYA untuk dimakan. Jom kita baca KENAPA kacang soya ini bahaya?

7 SEBAB KENAPA KACANG SOYA BIASA ADALAH BAHAYA

1. Kacang Soya Tidak Organik (Menggunakan baja kimia, pestisid, etc) - mengandungi khasiat yang rendah tetapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko kanser.

2. Kacang Soya GMO (GMO - Genetically Modified Organism) - kebanyakan soya dipasaran adalah soya GMO. Soya GMO adalah bahaya kerana proses penghasilan soya daripada organisma yang terubah genetik. Kacang soya jenis ini adalah jauh lebih murah berbanding soya non-GMO. Soya GO berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin.

3. 9 ASID AMINO yang tidak lengkap - Soya biasa tidak mempunyai semua asid amino yang penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim yang sangat diperlukan oleh badan kita. Kekurangan asid amino menjadikan badan kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

4. Kacang Soya Biasa diproses dengan Alkohol - alkohol mengurangkan kadar isoflavone sebanyak 88%. Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

5. Bahan Anti-Tiroid & Anti-Pertumbuhan - menyebabkan fungsi tubuh terganggu dan meningkatkan risiko kanser.

6. Kacang Soya yang dipanaskan - tahukah anda, protein termusnah pada suhu melebihi 40 darjah Celcius? Penghasilan soya dirumah dan dipasaran adalah dengan memasak dan memanaskan soya untuk dijadikan air soya. Maka sudah tentu kandungan protein dalam soya termusnah.

7. Kacang Soya yang diproses (Dibuang minyak) - proses ini menjadikan kacang soya berasid maka kalsium ditambah untuk meneutralkannya semula.



0 Response to "WAJIB BACA!! Makanan bersasakan kacak SOYA BAHAYA Untuk Kesihatan!!!"

Post a Comment