Bahan-bahan Yang Diperlukan:
– 5 ketul Peha Ayam penuh (agak berat dlm 250gm setiap satu).
Bahan-bahan Perap Ayam – kisar atau tumbuk halus dan di tumis:
– 5 ulas bawang putih.
– 1 inci halia.
– 2 btg serai dihiris.
– 1 inci kunyit hidup.
– 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
– 1 sudu besar serbuk ketumbar.
– Garam secukup rasa.
Bahan-bahan untuk jadikan kuah Percik:
– 7-10 ulas bawang merah (kecil). *kisar dan Tumis.
– 3 ulas bawang putih.*Kisar dan Tumis.
– 2 sudu besar cili kisar.*Kisar dan Tumis.
– 10 biji buah keras dihiris.*Kisar dan Tumis.
– 5 tangkai cili merah segar dapatkan warna kemerahan cantik. *Kisar dan Tumis.
– 1 sudu kecil biji halba *kisar dan Tumis.
– 1 sudu kecil gula.
– 500ml santan pekat.
– 1/2 cawan air stok ayam – atau 2 kiub stok knorr dan 1/2 cwn air.
– Minyak masak untuk menumis.
CARA-CARA MENYEDIAKAN;
1. kisar semua bahan-bahan perap ketulan ayam selama 2 jam. Masukkan kettulan ayam yg telah perap dlm oven dgn suhu oven 200C dan masa 40 minit. Pada akhir 10 minit tinggikan suhu oven pada 250C utk dapatkan kulit ayam terbakar sedikit.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak untuk tumis, bila minyak panas, masukkan serai yg telah diketuk dan diikuti dgn bahan-bahan tumisan yg bertanda*. Selepas bau nya naik masukkan santan, garam, gula, dan air stok ayam. Biarkan mendidih dan menjadi kuahnya pekat.Kita gunakan buah keras utk kepekatan kuahnya. Kalau santan saja terlalu mahal. Dengan sebab itu mamak haji kurangkan 1/2 liter santan.
3. Bila siap kuahnya tuangkan kuah percik itu ke atas ayam yang dibakar..jadilah dia ayam percik. Insha Allah sedap dan amat disukai anak-anak.
sumber: balanambiar
Baca Juga: RESEPI ROTI JALA MUDAH GILERR
0 Response to "RESEPI AYAM MASAK PERCIK"
Post a Comment