BAHAN-BAHAN:
2 cawan (cup) tepung gandum.
3/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder).
1/2 kecil garam (kalau kurangkan lagi baik).
3 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air panas (mendidih).
CARA-CARA:
1. Cara buatnya sama seperti capati tapi bezanya gunakan air betul-betul didih. Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan masukkan baking powder dan garam. kacau rata adunan. Tambahkan minyak masak kedalam adunan itu dan kacau lagi sehingga tepung jadi bergentil-gentil.
2.Tuang air panas kedalam adunan itu dan kacau dengan garpu supaya diadun dengan baik. Apabila suhu tepung agak reda bolehlah mnggunakan tangan untuk menjadikan doh yang lembut dan licin permukaan.
3. Biarkan doh ini dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab selama 15-30 minit.
4. Jadikan bebola 10-12 biji. Lenyekan seperti capati. Bakar seperti cara capati. Suhu kuali perlu panas dalam proses ini. Bakar cuma 1 minit untuk satu permukaan tortillas anda. Sudah siap roti tortillas anda. Imgat!, gunakam cara Pembakaran roti tprtilla ini sama seperti capati.
RESEPI KENTANG BERCILI UNTUK MAKAN BERSAMA TORTILLAS.
BAHAN-BAHAN:
5 biji kentang bersaiz sederhana direbus empuk, dikupas kulit dan dipotong dadu.
3 sudu besar minyak masak.
1 sudu besar pes halia bawang putih.*
1 biji bawang besar dihiris.*
1 sudu kecil serbuk jintan putih.*
1 sudu besar serbuk cili.* (ikut suka kepedasan).
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.*
2 ranting daun kari atau satu pokok daun saderi.
1 sudu kecil garam atau secukup rasa.*
1 sudu kecil lada sula (serbuk atau kasar).*
1 sudu kecil gula pasir.*
1 biji tomato di dihiris memanjang.
CARA-CARA:
1. Panaskan kuali bersama minyak masak. Masukan bawang dihiris dan bila bawang bertukar warna keemasan, kecilkan api dapur dan masukkan pes halia bawang putih bersama semua bahan yang bertanda*, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan putih, lada sula, gula dan garam. Bila keharuman naik baunya masukkan daun kari, hirisan tomato dan akhir sekali masukkan kentang dipotong dadu.
2. sebatikan semua perencah dengan ubi kentang. Sekiranya cepat kerak terbentuk masukkan sedikit air. Masak 3 minit. Perahkan sedikit air limau. Kentang bercili anda telah siap.
3. masukkan kedalam tortillas berbentuk kon atau pun boleh juga digulung tortillas menggunakan inti ini.
4. Untuk kanak-kanak boleh juga disajikan dengan disapu jem buah-buahan kesukaan dan digulung dan dipotong serong. Berbagai-bagai cara boleh jadikan inti tortillas ini. Dengan sebab inilah tortillas ini begitu popular di negara barat terutama di Spanyol. Mudah , murah dan cepat. Jangan lupa cuba.
RESEPI BEST MINGGU INI : Cara Buat Daging Burger Homemade
0 Response to "RESEPI TORTILAS (Hanya 5 Bahan)"
Post a Comment