Restoran Hidang Daging Manusia Diserbu, 10 Ditahan



SEPULUH orang ditahan bagi membantu siasatan manakala sebuah restoran di Anambra, Nigeria diarahkan tutup serta merta selepas didapati memasak dan menjual daging manusia kepada pelanggan.
Polis yang menyerbu restoran terbabit selepas mendapat maklumat daripada orang awam, dilaporkan menemui dua kepala manusia yang masih berlumuran darah dalam beg plastik di dapur.
Turut ditemui, senjata berupa bom dan senapang AK-47.
Seorang penduduk setempat memberitahu: “Saya tak terkejut dengan apa yang ditemui di restoran hotel itu.

“Setiap kali keluar untuk ke pasar yang terletak berhampiran, saya perasan ada saja manusia yang berpakaian kotor dan mencurigakan keluar masuk dari hotel itu, membuatkan saya yakin ada sesuatu tak kena di dalam sana.”
Seorang pelanggan yang pernah makan di restoran terbabit pula berkata, dia pernah terperanjat melihat bil yang terpaksa dibayar selepas makan di situ kerana terlalu mahal dan kini tambah terkejut bila mengetahui harga tersebut disebabkan oleh daging manusia yang disajikan kepada pelanggan.

 – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Dailymail



0 Response to "Restoran Hidang Daging Manusia Diserbu, 10 Ditahan"

Post a Comment