RESEPI KEK LAPIS ARORA


BAHAN-BAHAN:

310 gram tepung gandum
400 gram mentega
200 gram gula halus
120 gram serbuk Horlicks
1 tin susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
5 biji kuning telur
5 biji putih telur
Pewarna hijau secukupnya
Pewarna coklat secukupnya
Pewarna kuning secukupnya
Pewarna biru secukupnya
Pewarna merah secukupnya
Perasa pandan secukupnya
Perasa strawberi secukupnya
Perasa esen kopi secukupnya

CARA MEMASAK:

1 Pukul putih telur dengan separuh gula sehingga kembang. Ketepikan.
2 Kemudian pukul mentega bersama baki gula sehingga kembang.
3 Masukkan kuning telur satu persatu dan dipukul sebati.
4 Seterusnya masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan dikacau rata.
5 Setelah itu, masukkan susu pekat manis dan diadun sebati.
6 Kemudian satukan adunan dengan adunan putih telur tadi. Gaul sebati dan dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:

a) satu bahagian diwarnakan hijau dan dimasukkan perasa pandan.
b) satu bahagian diwarnakan coklat dan dimasukkan perasa esen kopi.
c) satu bahagian diwarnakan merah dan dimasukkan perasa strawberi.
d) satu bahagian diwarnakan kuning dan dimasukkan serbuk Horlicks.
e) satu bahagian diwarnakan biru.

7 Setelah itu sediakan loyang dan tuangkan selapis nipis adunan warna coklat ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 200°c selama 10 minit.
8 Seterusnya masukkan adunan berwarna berselang seli dan dibakar. Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.
9 Akhir sekali, tuangkan pula selapis nipis adunan coklat untuk lapisan atas dan bakar sehingga masak.

Resepi MELETOPP: BISKUT DAHLIA SIMPLE

0 Response to "RESEPI KEK LAPIS ARORA"

Post a Comment