5 Cara Menakjubkan Untuk Kurus Dalam Masa Singkat.




Penat menahan lapar, mengikuti program diet yang ketat dan berhabis ribuan ringgit tapi masih tidak kurus? Jangan bimbang, terdapat beberapa cara yag tidak terjangkakan untuk menguruskan badan seperti dibawah.

1) Makan epal dengan kulit.

Mungkin sesetengah orang sudah terbiasa membuang kulit epal sebelum makan. Tetapi tahukah anda. Kulit epal mengandungi Asid Ursolik yang berpotensi untuk mengurangkan kadar kolesterol dan meningkatkan pembakaran kalori. Jadi, mulai sekarang, jangan buang kulit bila makan epal. Senangkan?

2) Minum Susu.

Susu sering disalah ertikan sebagai sejenis hidangan yang boleh menggemukkan. Sebenarnya jika susu dijadikan minuman harian atau apa-apa sahaja produk tenusu yang lain seperti yogurt mampu membuatkan anda kehilangan lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengambil susu. Minum susu lebih kurang 12 auns(lebih kurang 340ml) sehari mampu membuatkan anda turun lebih 12 paun (5.4kg) berbanding mereka yang tidak mengambil susu. Jadi pastikan susu termasuk dalam senarai diet harian. Minum susu juga mampu menghilangkan sembelit.

3) Minum minuman yang mengandungi soda.

Buat kamu yang memang suka minum ‘Diet Soda’ seperti ‘Diet Coca Cola’, ‘Diet Pepsi’ dan ‘Diet Mountain Dew’ rasanya kamu tidak perlukan lagi munuman soda yang ada tambahan perkataan ‘Diet’ dihadapannya. Satu kajian menunjukkan, mereka yang minum minuman soda yang biasa mampu mengurangkan lebih berat badan berbanding mereka yang minum ‘diet soda’ dengan isipadu yang sama. Tak percaya? Sila cuba dan buat perbandingan.

4) Jangan Abaikan Waktu Makan.

Sudah menjadi kebiasaan, bagi mereka yang cuba untuk menguruskan badan, akan cuba meninggalkan beberapa waktu makan yang penting seperti minum petang dan makan malam. Sebenarnya apabila kamu cuba ‘skip’ waktu makan, metabolisma didalam badan akan menurun. Metabolisma adalah penting untuk membakar kalori.

5) Makan 5 hingga 6 kali sehari.

Wah! nanti dulu, jangan gembira sangat ya. Maksud disini adalah makan dengan kuantiti yang kecil. Sebagai contoh, jika kebiasaan kamu sering makan 4 sudu nasi pada waktu makan tengah hari. Kamu boleh pecahkan dengan memakan satu sudu nasi setiap hidangan sebanyak 5 hingga enam kali sehari. Mungkin kamu pernah dengar, makan kerap tapi sedikit. Ya itulah yang dimaksudkan disini, apabila kamu makan dengan kerap tetapi dengan jumlah yang sedikit, ia mampu merangsang metabolisma tubuh untuk terus bekerja untuk badan kamu.


0 Response to "5 Cara Menakjubkan Untuk Kurus Dalam Masa Singkat."

Post a Comment