Cara Mudah Buat Air Detox Untuk Kulit Cantik (gambar step by step)


Minggu ini kami mahu ajak anda bersama-sama untuk membuat air detox bagi anda yang ingin berjinak-jinak untuk menurunkan berat badan mahupun mendapatkan kulit yang lebih cantik. Tapi jika boleh, amalkan minuman ini dengan konsisten, barulah nampak perubahan pada tubuh anda.

Untuk buat air detox ini mudah sahaja. Malah jika malas-malas pun anda boleh siapkan juga. Baik, kami senaraikan bahan dan juga cara-cara yang anda perlukan untuk buat air detox ini.

Kami memilih tembikai kerana ia merupakan agen anti penuaan di samping bagus untuk diet anda dalam mengurangkan berat badan serta kaya dengan serat. Jangan tidak makan pula tembikai yang anda buat itu.

Jom Buat: Ayam Panggang Madu


Bahan-bahan yang terdapat di dalam air detox ini ialah:

Buah Tembikai (separuh pun sudah okay)
Daun Pudina
Lemon
500ml Air Sejuk
Mason Jar



Kemudian, perkara pertama yang anda kena buat ialah potong terlebih dahulu tembikai yang anda agak-agak boleh masukkan dalam Mason jar.


Kemudian masukkan air sejuk tadi, jangan sampai melimpah pula ya


Setelah letak air sejuk, anda masukkan pula tembikai dan juga lemon. Nak padat atau tidak, terpulang pada anda.


Kemudian masukkan daun pudina. Jangan tekan dengan jari pula, guna sudu nampak senonoh dan bersih sikit.


Kemudian, tutup sahaja Mason Jar tadi rapat-rapat. Mudah saja bukan nak siapkan air detox?


Kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman dan nikmatilah air detox anda dengan penuh kenikmatan







0 Response to "Cara Mudah Buat Air Detox Untuk Kulit Cantik (gambar step by step)"

Post a Comment