SAMBAL TOTOK JAWA



Bahan-bahannya:

Segenggam ikan bilis 
10-15 tangkai cili padi kampung -potong 2 (takut meletup2) 
3 biji cili merah-di potong2 sebelum digoreng(takut meletup2) 
1 biji bawang merah (hiris) 
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci belacan 
Minyak utk menggoreng 
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka 

Caranya: 
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat &toskan.
2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat. 
3. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
4. Tumbuk kesemuanya. Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.



0 Response to "SAMBAL TOTOK JAWA"

Post a Comment