Bahan-Bahan
7 keping cheddar cheese
4 biji telur
70gm butter
200ml susu segar
70gm gula halus
70gm tepung kek
Cara Penyediaan
Koyakkan cheddar cheese menjadi kecil. Kemudian, campurkan 200ml susu segar.
Masak dengan api yang perlahan, sentiasa kacau. Masukkan butter, kemudian tutupkan api.
Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih bersama 70gm gula halus hingga kembang.
Kemudian, pukul pula telur kuning hingga kembang dan masukkan dalam adunan cheddar cheese tadi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bahan no. (3) tadi dan kacau perlahan. Sekiranya ia berketul, tapiskan. Kemudian, masukkan adunan cheddar cheese tadi. Gaul dan sebatikan adunan.
Lapik acuan dalam loyang dan tuang adunan ke dalam acuan.
Letakkan loyang di dalam bekas yang berisi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan pada suhu 170°C selama 20 minit. Kemudian, rendahkan suhu kepada 140°C dan terus membakar sehingga 40 minit.
Gunakan teknik membakar “bain marie” atau “steam bath” kerana cheddar cheese sangat lembut dan mudah terbakar.
Setelah 1 jam, keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.
Siap! Sedia untuk dihidangkan!
Selamat mencuba resepi Kek Keju Jepun yang lembut ini!
Sumber: Women Online Magazine
Resepi Baru: Resepi Mee kari
0 Response to "KEK KEJU JEPUN (6 Bahan Je)"
Post a Comment