Resepi Tepung pelita macam di Bazaar Ramadhan



Bahan-bahan ( 30 biji )
1. 1 cawan tepung beras
2. 2 cawan air pandan
3. 3 cawan air
4. 1 cawan gula
5. Pewarna hijau

Bahan atas
1. 1 cawan tepung beras
2. 3 cawan santan
3. Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Sediakan periuk sederhana.
2. Masukkan tepung beras, gula, air pandan, pewarna hijau dan 3 cawan air dalam periuk..
3. Gaulkan sehingga sebati dan tidak berketul kemudian masak di atas dapur sehingga pekat.Pastikan tidak berketul apabila di masak.
4. Sebelum itu masukkan sedikit gula dalam acuan.Kemudian masukkan adunan itu yg panas dalam acuan yg berisi guna sehingga abis.
5. Untuk bahagian atas pun sama.Masukkan kesemua bahan kedalam periuk.Gaul rata dan masak hingga pekat dan hilang rasa tepung.Kemudian dalam acuan.
6. Acuan bole guna acuan tapai dan bubuh daun pisang atau daun pandan utk menambah aroma..Selamat Mencuba 


RESEPI BERKAITAN: Resepi Lasagna Mudah

0 Response to "Resepi Tepung pelita macam di Bazaar Ramadhan"

Post a Comment