RESEPI RED PEARL COOKIES Juadah meletopp RAYA 2015


Bahan-bahan: 

150gm butter 
150gm tepung gandum 
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes 
50gm coklat cip 
25gm almond nibs 
1st esen vanila 
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang 


Cara-Cara: 

1)-Mula-mula kita satukan butter dan gula.
2) -Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
3) -Masukkan tepung dan gaul rata
4) -Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
5) -Sudukan atas dulang pembakar
6) -Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
7) -Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi



Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
================================================


Dikongsi Oleh:Azlita Masam Manis
Sumber: http://www.azlitamasammanis.com/




0 Response to "RESEPI RED PEARL COOKIES Juadah meletopp RAYA 2015"

Post a Comment