Tips kurus selepas bersalin


Mendapatkan kembali bentuk badan yang ramping dan langsing merupakan idaman setiap ibu yang melahirkan anak. Pada masa ini berat badan akan naik dengan cepat manakala perut pula akan nampak menggelembir. Oleh itu di sini saya ingin berkongsi tentang tips kurus selepas bersalin.

Tips kurus selepas bersalin ialah seperti berikut:

Scrub badan
Rawatan ini boleh dilakukan selepas bersalin .Ia bertujuan untuk membuka pori-pori kulit dan menanggalkan sel-sel kulit mati.

Jaga permakanan
Ibu-ibu yang bersalin juga perlu “berpantang” mengambil makanan tertentu . Makanan yang mengandungi air juga perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipangang dan dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Ibu-ibu digalakkan untuk memakan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan kembali vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekal tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama.

Breastfeeding
Dengan menyusukan bayi kita boleh membakar kalori dan membuatkan berat badan turun semasa berpantang.Ia juga berfungsi untuk mencegahkan kanser payudara dan mengelakkan tulang rapuh.
Banyakkan minum air masak

Pastikan anda meminum  air 3 liter sehari.

Urutan perlangsingan
Setiap teknik urutan pelangsingan membolehkan sel-sel lemak di dalam badan dipecahkan. Urutan yang berkesan akan menyebabkan

Disiplin ambil set bersalin
Sebaik-baiknya ikut betul-betul cara pengambilan set bersalin pada waktu berpantang. Hal ini kerana dengan pengambilan set berpantang akan membantu anda menjadi kurus dan langsing.

Senaman
Walaupun dalam keadaan berpantang tidak semestinya anda tidak boleh melakukan senaman. Anda boleh lakukan senaman ringan di rumah. Senaman dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan dengan stroller atau mendukung bayi anda sudah cukup untuk anda membakar kalori.

Sumber: vitaminria.com


0 Response to "Tips kurus selepas bersalin"

Post a Comment