[Seram] Siapa Wanita Bertelekung Di Tepi Jalan Itu?


Cerita ini berlaku di sebuah kampung. Rasanya adalah lebih baik jika nama kampung ini dirahsiakan untuk menjaga sensitiviti penduduk setempat. 

Sumber dari seorang teman yang diceritakan kepada penulis. Katanya pada satu hari dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Sewaktu dia sedang memandu menerusi jalan kampung dia terlihat seorang sedang bertelukung duduk di tepi jalan pada pukul 1045 malam. Mulanya dia berfikir, mungkin ada orang baru lepas balik solat.

Tapi lama-kelamaan dia terfikir, kalau baru lepas balik solat kenapa duduk di tepi jalan dalam keadaan seorang diri? Ah biarlah.. lagipun dah malam. Mungkin dia tunggu orang.Malas nak fikir sangat, seram pulak rasanya dah lah memandu malam-malam.

Dijadikan cerita akhirnya sampailah ke rumah kampung. Esoknya kawan penulis berceritalah dengan saudara mara, kata orang kampung dekat jalan itu memang selalu nampak pernampakan perempuan pakai telekung, kadang-kadang melintas pun ada.

Orang kampung kenal. Wanita tersebut dah berusia mungkin layak kita panggil nenek atau makcik. Dia kemalangan dan meninggal disitu sewaktu dalam perjalanan nak ke surau. Selepas makcik itu meninggal memang selalu nampak kelibat makcik bertelekung di tepi jalan.

Kalau kita sebagai orang Islam mungkin tahu, yang pergi tak akan kembali lagi, mungkin apa yang yang dilihat orang kampung bukanlah roh si mati sebaliknya hanyalah Qarin. Qarin ini jin pendamping yang selalu berada dengan kita diawal kelahiran sehinggalah kita mati. Tapi, kalau kita mati pun, Qarin tersebut tak akan mati.

0 Response to "[Seram] Siapa Wanita Bertelekung Di Tepi Jalan Itu?"

Post a Comment